Wednesday, 27 May 2015

Kanser? Apa penyebabnya?

Bagaimana Kanser Terjadi Yang Pasti Mengejutkan Anda

Tiada yang lebih susah dalam pekerjaan saya melainkan bila terpaksa berdepan dengan pesakit atau ahli keluarganya dan mendedahkan bahawa beliau telah menghidapi penyakit kanser. Kanser adalah penyakit yang sangat tidak menyenangkan dan semua orang tidak mahu mendengarnya, termasuklah orang yang meletakkan diri dalam risiko mendapat penyakit kanser.Apa sebenarnya penyebab penyakit kanser? Mengapa kanser lebih cenderung berlaku kepada seseorang dan bukan orang lain? Kenapa kanser seolah-olah menular dalam keluarga? Adakah kanser penyakit genetik atau penyakit berjangkit?Banyak persoalan-persoalan yang bermain di fikiran mengenai penyakit yang dikatakan tiada penyembuh ini.

Penyebab kanser

Ramai yang sudah tahu apakah yang boleh menyebabkan kanser, termasuklah makanan yang kita makan hari-hari. Pendedahan berlebihan kepada matahari.  Rokok, yang menjadi kegemaran ramai orang. Pencemaran, radiasi, lemak dan gula berlebihan dalam pemakanan dan apa sahaja yang dikenali sebagai karsinogen dalam istilah perubatan.Jadi, sebenarnya setiap hari sama ada sedar atau tidak, suka atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada bahan yang dipanggil karsinogen ini lebih tinggi berbanding generasi terdahulu. Apa sebenarnya yang menyebabkan karsinogen ini mencetuskan kanser? Apa persamaan yang ada pada kesemua bahan-bahan ini? Adakah semua orang terdedah dengan penyebab diatas akan mendapat kanser?

Tekanan oksidatif (oxidative stress) adalah Kunci Penyebab Kanser.
Pelbagai kajian dilakukan untuk memahami kanser dengan lebih teliti. Ramai pengkaji muncul dengan pelbagai teori penyebab sebenar kanser, namun satu pun teori boleh menerangkan dengan lengkap pertumbuhan penyakit ini dalam badan manusia.
Dr.Peter Kovacic dalam review yang dimuatkan dalam Current Medical Chemistry 2001 menyatakan, “Dalam banyak-banyaj teori yang dicadangkan, oxidative stress adalah teori yang paling logik dan paling sesuai digunakan dalam menerangkan perkembangan sel kanser”
Oxidative stress adalah keadaan apabila oksigen yang digunakan untuk penghasilan tenaga telah menghasilkan radikal bebas secara tidak terkawal dan mula merosakkan sel badan yang normal.
Kajian yang dilakukan oleh Dr Kovacic dan kumpulannya menyokong bukti perubatan yang mana apabila radikal bebas dibenarkan berada disekitar nukleus sel, ia boleh merosakkan sel dari peringkat DNA seterusnya akan membentuk tisu yang tidak normal dan inilah yang dipanggil sel kanser.
Secara normal, sistem pertahanan badan akan bertindak untuk membaiki sel yang telah rosak ini, namun jika sel yang rosak terlalu banyak sudah tentu sel imun ini tidak mampu untuk membaiki apalagi mereka sendiri juga mempunyai risiko untuk mengalami kerosakan DNA.

Proses terjadinya kanser




Proses kejadian kanser adalah proses yang lama, dan sel yang rosak boleh dibaiki semula pada peringkat awal.

_____________________________________________________________________________________
Aishah Aziz
0124216669
Distributor Specialist in Kangen Water 
Kg Raja Uda & Kg Jawa Klang 
kangenwaterklangshahalam.blogspot.com
FB: Kangen Water Klang Shah Alam

Sebelum kanser dikesan, sel-sel ini melalui satu proses yang panjang dan biasanya mengambil masa bertahun-tahun.  Untuk orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa selama 20-30 tahun untuk menunjukkan simptomnya daripada masa berlakunya kerosakan DNA. Sementara sel kanser mungkin lebih cepat membiak dalam kanak-kanak kerana pertumbuhan sel adalah lebih cepat.
Dr. Donalds Malin, seorang ahli kimia dari Seattle, US yang menjalankan kajian keatas sel kanser payudara percaya bahawa radikal bebas ini yang merosakkan DNA sel, seterusnya menyebabkan sel membiak sebagai sel yang tidak normal.
20 tahun yang lepas, pengkaji percaya bahawa kesemua penghidap kanser mempunyai genetik kanser. Namun sekarang mereka mula percaya bahawa mereka yang menghidap kanser mungkin mempunyai genetik yang lebih sensitif oxidative stress dan ini menerangkan mengapa kanser dikatakan boleh menjadi penyakit keluarga.
Pada peringkat awal, sel-sel yang rosak ini boleh dibaiki semula oleh sistem pertahanan badan. Namun, apabila kerosakan terlalu banyak, dan pembaikinya semakin berkurang, sel yang rosak tidak dapat dibaiki dan terus membiak sebagai sel tidak normal. Dan inilah dinamakan kanser.

Info:

Penyakit genetik adalah seperti thalassemia yang mana boleh diwarisi kepada anak-anak. Oleh sebab itu, jika seseorang mempunyai genetik thalassemia atau menghidap thalassemia dinasihatkan memeriksa status pasangan sebelum berkahwin untuk mengelakkan penyakit itu diwarisi kepada anak-anaknya.
Namun, orang kata kalau dah jodoh apa boleh buat kan?

No comments:

Post a Comment